kidal photography





Thursday, September 30, 2010

BUNKFACE:)


Bunkface ialah sebuah kugiran empat ahli yang diasaskan di Klang, Selangor, pada tahun 2005, kini terdiri daripada penyanyi utama dan pemain gitar keduanya Sam, pemain gitar bes dan penyanyi tambahan Youk, pemain gitar utama Paan, dan pemain dram Ejam Coda. Antara lagu-lagu popular nyanyian Bunkface termasuk Bunk Anthem, Situasi, Silly Lily, High School Rocker, Prom Queen, dan Through My Window


Pembentukan

Kugiran ini bermula sebagai empat sekawan yang bersekolah di SMK Sri Andalas dan sering mengadakan sesi jamming biasa di Klang, Selangor. Nama "Bunkface" berasal dari tajuk sebuah lagu dendangan Sum 41, Crazy Amanda Bunkface, yang dicadangkan oleh bekas pemain dram, Biak

Pada Mac 2006, Bunkface memenangi tempat pertama di pertandingan Battle of the Bands anjuran majalah muzik ROTTW. Daripada itulah Bunkface julung kalinya disiarkan dalam majalah. Kemudian, mereka dihubungi oleh komuniti muzik Internet Demoplanet.tv yang menawarkan penajaan untuk membikin video muzik. Pada akhir tahun 2006 barulah mereka dapat menarik perhatian umum dengan menyertai pertandingan realiti Blast Off



Lesson of the Season

Pada Disember 2007, Bunkface mengeluarkan EP pertama mereka yang berjudul Lesson of the Season yang ddiisi enam buah lagu berbahasa Inggeris yang mengadunkan gaya pop-punk/rock alternatif. Lagu hit Silly Lily menduduki tangga teratas di carta hitz.fm Malaysian Top Ten selaam 8 minggu dan carta Fly.fm Campur Chart selama 10 minggu. Single berbahasa Melayu pertama mereka, Situasi pula menduduki tangga 1 di carta XFresh FM serta mencapai tangga 3 di Carta Era selama 3 minggu


Pada tahun 2009, Kumpulan Bunkface menggondol anugerah Rockstar, Break Out dan juga The Ultimate Shout! Award di upacara Shout! Awards pertama anjuran 8TV di Stadium Bukit Jalil. Pencapaian mereka di majlis penganugerahan urban tersebut menarik minat pihak penganjur One Movement For Music Perth (OMFM) dari Australia yang mengundang mereka untuk membuat persembahan di pesta yang diadakan di Perth pada 16–18 Oktober 2009, sekaligus menandakan kali pertama mereka membuat persembahan di luar negara




Phobia Phoney

Pada Mac 2010 Bunkface mengeluarkan album penuh pertama mereka, iaitu Phobia Phoney yang terdiri daripada empat lagu Melayu dan enam lagu Inggeris, termasuk single-single hit seperti Situasi, Revolusi, Prom Queen dan Soldier

  • Sam - Pemain Gitar Kedua, Vokal
  • Paan – Pemain Gitar Utama
  • Youk – Pemain Bass
  • Ejam (coda)= Pemain Drum (sensionist)


Anugerah dan pencalonan

Anugerah Shout! 2009
o Rockstar Award
o Break Out Award
o The Ultimate Shout! Award

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009
o Penyanyi Duo/Kumpulan Popular

Anugerah Industri Muzik ke-17
o Lagu Rock Terbaik (Situasi)
o Anugerah Kembara

No comments: